Sunday

Berita Terkini Tentang P3 Pemanis Tampa Gula




Posting pada:  2015/12/10 9:36:21 ( 12 kali di baca )
 Merujuk memo sebelum ini iaitu Jualan Produk P3 Nano Sugar Advance secara runcit.

Mengikut Jadual perancangan syarikat, stok P3 Nano Sugar Advance akan mula dihantar kpd Pengedar2 bermula pd 18/12/2015.

Iklan Nano Sugar Advance di dalam Akhbar Sinar Harian dijangka akan disiarkan pada 25/12/2015. Hanya nama & no telefon Pengedar2 yg berdaftar di bawah PAKEJ B sahaja yg akan disiarkan dlm iklan Sinar Harian dan juga Mingguan Wanita.

Mereka yg berminat untuk menjadi Pengedar PAKEJ B boleh mendaftar dan membuat belian PAKEJ B sebelum 17/12/2015 untuk memastikan nama mereka disiarkan pd keluaran minggu pertama di akhbar Sinar Harian.

Syarikat juga mahu pastikan semua pengedar telah menerima stok tersebut dahulu sebelum Iklan mula disiarkan nanti.

Posting pada:  2015/12/8 5:31:51 ( 23 kali di baca )
 Bermula hari ini 7/12/2015 sehingga 31/12/2015, syarikat P3 Sweetener membuat promosi yuran pendaftaran ahli baru hanya RM 15 per kit. Bagi harga starter kit untuk stokis pula RM 12 per set dengan syarat pembelian minima sebanyak 10 set. Harga tersebut termasuk kos penghantaran.

Posting pada:  2015/11/20 8:30:00 ( 106 kali di baca )
Pihak syarikat akan membuka pasaran secara runcit@trading untuk produk P3 Nano Sugar pada minggu ke 2 bulan Disember 2015. Versi baru yang akan dikeluarkan adalah dalam bentuk pek 500 gm dengan jenama Nano Sugar Advance. P3 juga telah bekerjasama dengan NGO PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dan Kumpulan Media Karangkraf untuk membantu mempromosi produk-produk P3 di akhbar dan majalah-majalah Karangkraf ; seperti Sinar Harian, Mingguan Wanita dan lain-lain pada setiap hari dan setiap minggu keluarannya. Syarikat juga merancang membuat promosi melalui media elektronik seperti TV dan Radio. Kini kita dalam usaha mendapatkan slot di TV3, Astro Awani, MedikTV dan Al Hijrah dengan kerjasama PPIM. Diharap promosi besar-besaran ini akan dapat membantu dan memudahkan setiap ahli P3 dan para pengedar Nano sugar untuk memasar dan menjual produk-produk keluaran P3.
Baca Seterusnya... | 5936 bytes lagi

Posting pada:  2015/8/5 7:40:00 ( 293 kali di baca )
 Bermula 1 hb September 2015, SWEET CTO PLUS akan dilancarkan iaitu Extra sebanyak 5% dari Peratusan Biasa (normal % rate) mingguan yang akan diberikan kepada mana-mana leader berjaya menaja 5 ahli baru atau lebih pada setiap minggu.

Bersama-sama kita berganding bahu dan bersatu hati untuk membuat penajaan dan penjualan sebanyak mungkin dalam usaha untuk kita meningkatkan Dana Sweet CTO dan peratus bonus CTO mingguan yang diterima setiap Ahli P3.

Posting pada:  2015/8/5 6:00:00 ( 258 kali di baca )
Mulai 1 Ogos 2015, setiap pembelian akan dikenakan caj penghantaran. Jumlah
cas yang akan dikenakan bergantung kepada produk (berat g / kg) yang
dibeli.



Posting pada:  2015/6/30 9:30:00 ( 491 kali di baca )

1] Bermula dari 1hb Ogos 2015, yuran keahlian baharu akan dikenakan sebanyak RM30.00 seumur hidup, selagi keahlian tidak terbatal. Setiap ahli baharu akan menerima kad keahlian, berserta senaskhah booklet syarikat 'KEBAIKAN, KITA KONGSI BERSAMA'.

2] Untuk ahli lama (ahli sedia ada) dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk mendapatkan kad keahlian dan booklet 'KEBAIKAN, KITA KONGSI BERSAMA'.

3] Pembaharuan (Renewal) dengan hanya perlu membuat pembelian lebih 100BV dalam setahun.

Posting pada:  2015/6/30 8:40:00 ( 253 kali di baca )

Ahli tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan, spekulasi, komen yang tidak sahih, tidak tepat dan tanpa pengesahan, berkaitan aktiviti dan pengurusan syarikat di mana-mana media termasuklah media sosial. Halangan ini adalah untuk mengelakkan sangka buruk dan nama baik syarikat. Sebarang cadangan, komen, kritik atau rasa tidak puas hati hendaklah diutarakan terus kepada syarikat melalui e-mel rasmi (sales@p3sweetener.com.my) atau terus kepada pihak pengurusan syarikat. Pihak syarikat berhak menamatkan keahlian ahli yang melanggar syarat dan arahan ini, tanpa sebarang notis dan rayuan. Segala keistimewaan ahli (pangkat, bonus, CTO) akan dilucutkan.

Posting pada:  2015/5/7 7:00:00 ( 705 kali di baca )

Setelah lama membuat permohonan, kini P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD telah memperoleh lesen AJL dengan nombor lesen: AJL 932093
Baca Seterusnya... | 290 bytes lagi

Posting pada:  2015/4/11 7:40:00 ( 310 kali di baca )
Selaras dengan Setiap ahli perlu aktif dalam setahun di dalam urusniaga syarikat AJL. Ahli-ahli perlu bayar yuran tahunan untuk aktif di dalam syarikat AJL tersebut.

Maka itu pihak syarikat P3 telah memutuskan semua ahli-ahli P3 yang telah berdaftar bermula bulan MARCH 2013 perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya satu Produk P3 sebelum tamat tempoh 31hb MEI 2015 untuk aktifkan semula akaun ahli mereka.

Manakala Ahli-ahli yang mendaftar selepas 31hb MEI 2014 pula perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya satu produk P3 sebelum setahun dari tarikh ahli tersebut mendaftar. Bayaran yuran tahunan kepada ahli-ahli tidak akan dikenakan dengan pembelian produk tersebut. Bermula 1 hb Jun 2015, syarikat akan ada Database baru ahli-ahli yang aktif sahaja.

Dengan itu kerjasama semua ahli P3 terutama upline untuk memberitahu atau mengingatkan downline-downline anda supaya membuat penbelian sekurang-kurangnya satu produk P3 untuk mengekalkan keahlian mereka.

Posting pada:  2015/3/17 9:30:00 ( 325 kali di baca )
PERUBAHAN PELAN INSENTIF P3 SELARAS DENGAN PELAKSANAAN CUKAI GST PADA 1 APRIL 2015.

Bermula pada 1 April 2015, Kerajaan Malaysia telah mewajibkan pelaksanaan Cukai GST kepada semua syarikat perniagaan di Malaysia. Syarikat P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD juga terlibat di dalam pelaksanaan GST tersebut.

Syarikat akan melakukan sedikit perubahan pada Pelan Insentif. Ahli-ahli P3 akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum perubahan tersebut dilaksanakan pada atau selepas 1 April 2015.

No comments:

Post a Comment